Nyaris kepalanya tak di pakuk hingga putus

28/3/12 waktu aku dlm tempoh berpantang, rumah mak dan ayah aku di kg di masuki penyamun. Indonesia 3 ekor. Potong besi tingkap dan menyelongkar seisi rumah tatkala mak dan ayah aku sedang tidur - sangkaan si perompak yg banggang. Hakikatnya mak baru saja masuk ke dlm bilik selepas membuang air kecil.

Allah tu Maha mengaturkan sesuatukan. Sewaktu perompak itu gagal menemui apa apa di bahagian serambi rumah, mereka bertempiaran pula ke dapur utk menyelongkar lagi. Seorang dari mereka setelah gagal membuka pintu bilik tidur ayah di bilik tengah beralih ke bilik tidur mak di bahagian tepi. Mak dan ayah ada masanya tidur berasing sbb ayah aku sangat suka tidur pakai kipas angin dengan kelajuan maksima. Manakala mak aku tak suka kipas angin. Almaklumla org dah tua ada kalanya kakinya terasa bisa bisa bila di tiup angin kipas angin. Mak aku yg baru je nak lelapkan mata terkejut kerana menyangka ayah aku menolak pintu. Tapi sedikit terkejut kenapa pulak kepala ayah aku kelihatan besar. Mak aku pun terus bertanya.. Along cari apa long? Sejurus itu bila perompak menyedari bahwa mak aku sedar dia sepantas kilat membuka suis lampu tp gagal dan kemudian melompat menekup mulut dan menekan dahi mak aku ke tilam... (terima kasih Allah kerana Kau memelihara mak dari sebarang musibah yang di bawa oleh perompak tersebut)

Terkejut mak aku mengerakkan kepalanya cuba memanggil ayah aku bila perompak tu menyuruhnya diam. 2 kali panggilannya memanggil ayah aku tidak mendapat respon kerana ayah aku menyangka mak aku mengigau ( haih org tua ni... mengigau katanya) tetapi bila mak aku jerit perompak perompak ayah aku terkejut.

Rupa-rupanya di bawah bantal ayah aku mmg sudah di siap siagakan dengan parang- parang yg biasa digunakan utk menyembelih lembu dan kambing di kg aku. Darahnya yg membuak membuatkan dia berlari ke luar menuju ke bilik mak aku sambil parang di tangan. Perompak tersebut terkejut bila ternampak ayah aku dengan parang di tangan kerana dia sepertinya tidak membawa senjata, cuba melarikan diri. Ayah aku libas parang ke lehernya tapi dia sempat menahan dengan tangan, bila dia cuba hendak lari keluar ayah aku melibas kali kedua dia sempat menunduk. Lantas bertempiaran lari ke luar rumah. Rupanya sebiji kereta Gen 2 dan Van telah menanti 3 perompak yang memecah masuk rumah ini. 2 lagi perompak sudah bertempiaran lari ke luar sewaktu mak aku menjerit.

Aku sgt yakin jika perompak tersebut tidak sempat mengelak kepalanya pasti sudah terlerai dari badan. Namun Allah tu Maha Mengetahui mengapa perompak itu sempat mengelak. Umurnya masih panjang. Dia tidak di takdirkan mati di tangan ayahku.

Kejadian ini berlaku selang seminggu rasanya dari kes Mawi di rompak. Waktu mendengar berita Mawi di rompak rasa takde feelings pun just sorry for him sbb kena rompak. But bila kena ke my parents, aku mengucap panjang. Mohon Allah melindungi mereka. Pagi tu juga semua adik beradik aku balik ke kg. Aku yg masih berpantang tetap bertegas nak balik.

Waktu sampai di kampung saat aku memeluk mak dan ayah sgt terasa....... seandainya terjadi sesuatu yg tidak di ingini pada mereka berdua..... bagaimana harus aku melalui hidup ini......  Ya Allah, lindungilah mereka berdua sentiasa. Rahmati mereka.