Raksasa Gogon lawan Ultraman?

Suatu petang hari sabtu yg lalu, aku sedang bersenda gurau ngan Danish. Budak ini semakin lama semakin petah berckp dan ada masanya sangat menyakitkan ati aku biji butir percakapannya.

Conversation 1: Muncit!

Aku tengah nak pakai baju, so T Shirt tu ketat la sket tapi takde la ketat sgt. Pakai bedak pakai lipstick.. tetiba..

Danish: Mama cantek ke? (sambil tengok cermin almari solek)
Aku: Danish rasa camne? Mama cantek tak?
Danish: Tak cantek. Mama muncit- sambil dengan selamba badak tepuk perut aku pastu ckp.
Danish: Muncit muncit muncit.

Ehh.... ko ckp banyak plak aku masukkan ko celah kelangkang masuk dlm perut balik kang baru ko taooooooooo!! Banyak bunyik plak :((

Conversation 2: Raksasa Gogon vs Ultraman

Ahad.

Aku tetiba rindu kat En. Wan, aku pun call. Seperti biasa Danish nampak aku tengah dail no mengelupur nak menyibuk skalik tau aku call bapak dia.

Danish: Ma, abang nak ckp ngan Abie.
Aku: Bagila mama ckp dulu, kejap lagi Abang ckp plak.
Danish: Abang nak ckp dulu. Abang nak ckp ngan ultraman.
Aku: Asal Abie jadi ultraman plak?
Danish: Mama kan raksasa Gogon, Abie ultramanlah.

Aku: (Hey geram je aku nak sekeh anak aku ni pandai betul mengumpamakan aku ngan raksasa gorgon plak. Gogon pun gogon jugak tapi ni mak ko cuba jgn bagi statement panas camtu aih aih aih)

Aku: Asal mama raksaksa gogon Abie Ultraman plak?
Danish: Abie baik. Abie cantek.
Aku: Abis mama jahatla tu yg kena jadi raksasa tu?
Danish: Mama suka marah abang.

Aku tak pasan Encik Wan dah ada kat talian. Aku dgr dia gelak. Ek ewah lucu yer.

Aku: Hah ultraman, suka ati nampak?
En. Wan: Kesian ek, jadik gogon. Sib baik gogon Yang, kalo jadi gonggok camne? Ulat gonggok? hahahahaaa....

Tetiba ...

Tutttttttttttttttttttt line telipon diskonek! Hah amik!

Blog kena HACK!!!! blog siapakah?

Perbezaan dan persamaan..

Bila aku start berblogging dulu, aku tak paham pun apa pekdahnya mende alah ni, sbb aku adalah jenis umat yg tak suka gila ngan diari. Takut ah tercicir terlost and found then ada org baca something secret (biarlah rahsia yer: aku suka folo tag pompuan Hajah ni hahahaa) then people revealkan that secret especially bab sapa secret admirer aku kan (Wah aku ada secret admirer ke atau aku yg admirer org? Eh hello sila sedar diri sket. Hua hua hua) . But as masa berlalu, aku start baca blog org lain, see how dia org xpress perasaan dia org aku paham. Its fun and mcm something yg buleh buat kita release tensen bila kita luahkan perasaan kita pada something. Even just on a piece of paper(on the monitor gagaga).

Okeh. Today aku sangat free, sampai nak rasa dah jadi bangkai kat opis ni sbb dari pagi tadi aku sesambil buat keje sesambil ol sesambil chat. (Almaklumla bos aku g site, so kalo kucing takde, tikus wajib buat pesta buihla apa lagi. Hahahahaha Hambik ko!)

Arini aku nak listkan antara blogger yg bebetul memikat hati aku dengan stail penulisan mereka:

1. Chempaka_aurora – sebbnya aku rasa budak ni sangat berbakat menulis, mana aku kenal budak ni ek? Hahahaha aku kenal kat Global Chat Room Pahang. Napa aku suka masuk page dia ek? Well sbb dia kawan baik aku merangkap adik angkat terchenta aku dan dia ngan aku ada magnet. ( Yaka mek? Sila komen sket. But sorry kami bukan lesbo okeh.) Magnet means ada connection dah alhamdulillah walaupun pernah beberapa kali kami menghadapi masalah diskonek tp still lepas tu connect balik hahahahaa. Hah tudia. Punca disconnect adalah sbb kekadang aku kalo naik angin pangai ada sket cam bangkai. So mulut ngan bahasa aku pun kekadang leh tahan cam longkang, bagi org bahasa tak ingat. Tapi all the while minah ni sangat memahami kekadang napa aku benggang ngan pangai dia. Aku benggang sbb kalo aku cari gaduh ngan org dia tak suka back-up aku, malah dia suka dok atas angin. ( Heh ada banyak tempat duduk asal ko suka sangat duduk atas angin. Isk isk isk) Tapi aku suka pangai dia yg tu jugak sbb at least dia tak penah menjadi batu api kalo aku ada selisih faham dengan sesiapa. Dia suka ckp camni.. ehems ehems.. Long aku rasa dia tak sengaja. @ Dia mungkin ada masalah kot @ Dia mungkin tak tuju mende tu ke ko tapi ko sensitive plak. (hah lebih kurang tolak tambah camnila ayat dia nak kasik sejuk ati aku.) Huahuahua. Tapi di antara ratusan perempuan @lelaki @ manusia yg aku kenal, aku mmg sangat sangat serasi ngan dia. Kami pun suka bersaing cara positif- cam: Eh balak ko ensem balak aku pun mesti ensem gak. Eh ko nak melawa g umah org kenduri aku nak melawa gak. Eh ko tuh mmg kurus, akupun.. Eh! Camne nak kurus dah aku gemok ( waaaaaaaaaa) sib baik aku sedar diri kalo idok, karate sedas kat tengkuk sendiri! Dan satu lagi.. hah ni org len tak tau ni aku je yg sangat tau.. dia ni mmg multi-talented bak kata dia dlm page dia la. Iam multi-talented, I can talk and piss u off at the same time. << ye ye aku sokong aku selalu gak kena ni hahahahahaaa….. (Ya Amponnnnnnn Mek )

2. Green Apple aka D– Selain chempaka, Green Apple atau D adalah blogger yg memberi aku idea dan keyakinan tuk menulis apa yg aku rasa as aku suka. Aku suka cara dia bercerita dan elaborate citer dia cam I dun care la ko suka baca ke tak apa aku tulis, ni blog aku suka aku la nak letak entry apa, ko nak baca ko baca, ko nak komen ko komen, ko tak komen aku tak mati, ko komen aku tak jadi jutawanpunnn, tapi kalo ko pakai annon pastu kutuk aku kat entry aku ko siapppp!! Aku masakkan ko kari kepala ikan. Hah camnila aku leh umpamakan dia. Paling best kalo dia citer pasal kisah dia ngan suami dia Encik Wan (tetiba je nama suami buleh sama plak nama laki aku pun Encik Wan jugak hua hua hua .. tumpang shinning sket hahahahahahaaa) Even kalo aku bad mood pepagi tu tapi aku masuk blog dia dan baca entry dia, aku buleh gelak sampai ke petang. She is very honest dengan apa yang dia luahkan dan aku sangat ek.. terpengaruh ngan cara dia guna ayat. Sangat mengagumkan. (Well mana boleh lawan dia otaimer berblogging sejak dari tahun 2006 lagi. Sendiri makan pengat sendiri mao rasa manis gula Melaka la kan. Hahahaa. ) Pepagi blog dia adalah wajib di view dahulu sebelum aku start menyemakkan kepala aku dengan kerja kat opis yg tak abis abis. Aku khatam baca semer entry dia dlm tempoh tak sampai 3 hari. Siap lagila yang kenalkan aku kat blog dia ni kalo bukan Cik Chempaka_Aurora. (Thumb up. Hep hep horray tetiba. Hahaha)

3. Mat Gebu- Ni page pebret aku sebelum aku join blogging. Blog masak memasak. Pakwe okeh, yg rupa cam cina tp sangat hebat memasak. Aku tersangatla taksubnya dengan kebolehan, ketelitian dan kekreatifan dia memasak bermcm mcm jenis masakan. Dan juga koleksi pinggang mangkuk stail bab dan nyonya punya. Tapi sbb aku tak baper minat pinggan mangkuk yg memahai ni so aku tak baper layan la koleksi pinggan mangkuk dia. Tapi kalo entry pasal masakan dia okeh! Mmg boleh layanlaaa… Kek Coklat Moist aku yg terbilang di kalangan adik bradik aku yang aku buat tu adalah hasil cedokan resipi dari blogger ini. (Tema kasih Cik Mat. Budimu takkan kulupa. Esok lusa kucedok lagi ek.. heheehe)

4. Hanis Zulaikha – Model. So ko ingat apa? Aku tak layak view blog model ke? Eh sorry siap jadi follower lagik tau kakakakakaa.. Aku suka amik tips penjagaan diri dia dan tgk rambut dia. Aku amik banyak tips penjagaan rambut dari blog dia. Rambut bangun tido dia sangat cantek. I wish kalo aku bangun pagi pun rambut aku camtu! Wow.. Marbelos! Tapi rambut aku bila bangun tido … eh kucing kalo terserempak aku depan pintupun dia leh lumpuh separuh badan kena heart attack. Sbbnya diapun musykil ni org ke antooo. (Ok cukup tak buleh kutuk diri sendiri lelebih. Tak syok ek! Kutuk org takpe )

5. Totin Jamain – Doktor Muda – Eh apa? Ingat aku tak suka perubatan? Walaupun aku dpt 7 je mata pelajaran sains aku tp aku suka doctor. Sbb doctor selalu leh kasik aku MC kalo time angin dan setan aku duduk bertengek atas kepala, racun suh aku MC. Duk umah membungkang dari pagi sampai petang sampai aku naik pening. Hahahahaha Tapi doctor ni sangat cantek dan sangat comel. Dan dia pandai ckp Indon. Shopping kat Indon kalo bab tawar harga boleh pass kat dia. Hebat! Siap bagi tips kalo nak shopping kat indon kalo takmo kena cekik darah harga dia, sila pergi shopping pakai sarung je. Sila jgn pakai make up. Paling bagus kalo muka tu cam muka baru bangun tido. InsyaAllahhhhhhh boleh dpt murah. Which is kalo ko pk secara logic dan rasional mmg betulla kan. Kalo ko make up tebal 3 inchi, kasut pakai Vincci, Bonia dan yg tahap 5 bintang, handbag tahap ribu riban sapa nak bagi ko rega murah kak oiii. Mimpi jekla. Lagi nak cekik leher ko rega dia ada. Tips ini sangat berguna sila applykan everytime nak shopping ek. Huhuhuhuhu…

At the moment ni je yg aku minat. Blog yg bahsa dia terlampau singkat tu aku tak lalu nak baca, sbbnya pening kepala aku nak pk apakah ayat yg sebenarnya, so sbb aku malas nak perah otak time baca blog so aku abaikan je blog yg guna shortform melampau. Pening owh pening. Aku baca blog tuk happy. Kalo baca sampai tumbuh ketumbit dlm otak aku… hmm mungkin blog itu akan duduk di celah kelangkang saja jawabnya. Yeayyyyyyyyyyyyy..


Okeh nak nyanyi jap.

321..

Apa yang penting kerjaaaaaaaaaaaaasama. Apa yg pentingggggggggggggg kerjasama.

Gagagagaaa…

Till then. Muackssssss..