Hah nak tgk arah mana ...

Wan Muhammad Danish



Fesyen mulut mengikut peredaran zaman yang the latest. iaitu mulut itik huahuahuahua.... Comel dengan baju supermannya.

Wan Muhammad Irfan



Ini baby no 2 saya. Sudah petah bercakap sekerat sekerat ayat. Riak wajahnya sedikit berbeza dari abangnya kerna dia mewarisi riak wajah manis yg dimiliki suami sya. Danish lebih mewarisi wajah sya. Mereka sgt comel. Saya sangat sangat sayangkan mereka berdua.

Sya selalu berdoa pada Allah.. mereka akan jadi anak anak yg soleh. Doa Allah memberikan saya petunjuk dlm mendidik anak anak supaya menjadi muslim yg sejati. Dan yang paling sya doakan mereka akan menghormati saya sebagai Mama mereka dari takutkan saya walaupun ada masanya saya garang pada mereka. InsyaAllah..





Tuk view saja.. takde pe nak komen sbb gamba dia semer ada peace. Penat ajar stail lain tp tu jugak stail amik gamba pebret dia... layannnnn.


Yang comel dan kuat berckp...


Ni anak sulong saya. Sya panggil dia dengan nama Danish. Sangat cerdik dan petah berckp... sya suka bila sya nangis dia datang dan pelok sya dan ckp ..."Ma .. ma napa? akit ke akit? Mana akit?" sambil jemari halusnya mengusap pp sya dan mengesat air mata yang mengalir. Itu ubat paling mujarab bagi sya menghilangkan kesedihan yg adakalanya tidak terbendungkan. Danish yg kusayang, hartaku yang paling berharga.

Selalu kubisikkan padanya..
"Mama sayang abang... Abang sayang mama." Dan dia akan mengikutnya berirama pula ada waktunya... Memandangnya menghilangkan segala penat dan lelah.

Anak ke dua sya namanya Irfan. Sudah pandai memanggil Mama dan Papa (*nama panggilan ayahnya ialah Abie tp tak tau kat mana slacknya dia petah pula memanggil dengan nama Papa. *)still bila si kecil itu menyebutnya bunyinya sangat comel dan sangat menghiburkan.

Hidup sya sudah sempurna dengan adanya seorang suami dan dua cahaya mata yg hebat mcm superman (merefer kepada lasaknya mereka). Namun sebagai manusia sya masih tamak (maaf sikap ini ada pada sya dari dulu nak buat mcmana.. hua huahuahua) sya mahu lagi 3 ahli kuarga. Mencukupkan 5. Tentu meriah dan riuh rendah dengan suara hiruk pikuk mereka. Walaupun sya sgt tidak berapa suka dengan kanak kanak yg kadang kadang tak mendengar ckp, tapi dengan anak anak sya, alhamdulillah sya banyak pelajari bahawa sesungguhnya .. kanak kanak tetapla kanak kanak. Bermain itu adalah proses tumbesaran mereka yang perlu kita anggap sebagai perkara yg biasa. Seeloknya jika tidak sedap di pandang mata tegur saja, elakkan dari merajinkan diri melepuk anak anak (dulu masa baru baru dpt anak ke dua .. Danish rajin jugak kena lepuk - sbb mak dia kurang sabar .. grr grrr).

Mereka harta kita. Harta dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Lots lots of love.

Nida~102

Danish n masknya


Tgk apa anak aku buat.

Sendiri lagi....

Salam..

Hubby kena pergi ke kedah semula starting esok for the whole month. aku = tensen+ benggang+ sakit ati+ sakit jiwa+ sakit paru+ sakit pedu. (dan bermcm mcm lagi yg sakit yg tak dapat sya senarai hitamkan di sini. *sigh*)

Why am i so piss off pasal dia nak pergi outstation? because i aku rasa iam alone by myself. Every moment, every second, every minutes, every times and i really feel aku perlukan dia sepanjang masa tuk menjadi dahan dahan kukuh untuk aku berpaut tatkala hati dilanda kesepian yang tidak terungkapkan. (mengada lebih betul aku ni laki p keje bukan p meronggengpun). *sigh* lagi but this time its worst then before.

Wish this is his last trip. Wish dia tak perlu lagi menghadirkan diri disana dan meninggalkan aku dan anak anak melalui kehidupan tanpa seorang lelaki yang sgt penting dalam hidup kami. Sayang + Abie.... cepat pergi cepat pulang kerna kami pasti dilanda demam rindu yang tak keruan saat hilang kamo dari pandangan mata kami.... (air mata luluh. Okeh cukup tak perlu terlalu emosional kerana rasanya aku ni dah jadi model kereta nasional asik nak meleleh air mata je.)

Nak balik argh.. otak reject banyak bende arini. Mood gone with the wind.

Huihhh... nyampah!

Lots lots of love!...

Nida

Sebelum pulang....

Salam,

Ada sesuatu yg terbuku di hati yg ingin sya kongsikan bersama blogger (yg kekonon ada view blog sya ni la .. auww malu sya (baru nak men blog dah pasan ada viewer hak hak hak belasah situ - Sya Suka!)

Biar sya terangkan serba sedikit tentang diri saya dan sikap buruk saya sebelum sya memulakan nukilan ini yer.

Nama penuh sya, Noridah bte Md Shah. Umur tolak tambah baru 29 (kakakakahhkahkah sya sukaa!) Even sya berckp tentang diri sya sendiri, tapi ada sesuatu yg sangat sya benci tentang diri sya. Bolehkah anda mengagaknya - tidak mengapa jika tidak boleh mengagak kerna sya ada menyediakan talian hayat utk anda guna (mana tau anda nak guna panggilan telefon ke, tanya sedara mara ke, tanya kawan kawan anda ke) hahahaaa okeh full stop. Merepek adalah hobi sya. So maafkanlah sya ek.

Sikap sya yg paling sya benci dlm diri sya ialah sya seorang yg sangat sangat panas baran. Pantang salah sedikit sya adalah manusia yg bapak amat kuat melenting even for the small small thing yg actually boleh di pertimbangkan. Lately, jika anda ada baca blog sya yg terdahulu, tentu anda tau sya baru saja berpindah ke rumah yg baru sya beli walaupun rumah tu rumah secondhand tp sya tetap anggap rumah itu rumah baru. Maaf ye (*tetiba-geguling skejap). Semenjak berpindah ke rumah ini, sya di landa ketakutan pada bende bende halus yg sangat hmm org kata tak munasabah. Tetapi perasaan itu cuma sya dan diri sya dan otak sya saja yg tau macamana rasanya. Kerna begitu banyak nasihat yg diterima, sya yg amat jarang jarang bersolat ini, mulaila bersolat kembali. Sedihkan mendengarkan kisah perempuan yg semakin banyak usianya, rupanya masih tidak sedar diri bahawa bila bila masa sahaja dia boleh kembali kepadaNya.. (*tetiba* .. kelopak mata terasa panas - air mata sila jgn jatuh). Awalnya sya kembali bersolat kerna ingin memohon kepada Allah agar menguatkan iman dan keyakinan sya. Tetapi semakin lama sya bersolat, ada satu perasaan yg menyelinap di dalam hati sya..... sya menjadi lebih sabar, lebih bertoleransi dengan banyak perkara. Termasuk bab anak anak sya yg macam superman dan batman (merefer kepada betapa hebatnya mereka berwrestling, bergusti, WWF, WWE dan memanjat dan terjun tingkap - huh banyak ni loteh mak cik- lebar mulut mak cik menjerit)..

Yang paling sya akui, kehangatan dlm diri saya semakin berkurangan. Saya menjadi lebih sejuk dari diri sya yg sebelumnya..

Alamak dah cukup time la :( kena bergegas pulang menjemput superman ngan batman sya yg ensem dan cute miut itu. sambung esok ek bye bye ....

Ok sambungannya:-

Sudah beberapa tahun sya mencari punca kenapa sya begitu panas baran dan bagaimana cara hendak mengawalnya- its ok kalo tak buleh fully control but at least i know the limit. And understand until how far saja sya buleh melayan kepanasan baran sya.

Begitu banyak bende yang sya cuba akhirnya kebelakangan ini menjawab persoalan sya yang buntu. Mengembalikan diri kepada Allah dan memohon kepadaNya adalah jalan paling mudah yg tidak sya terfikirkan sebelum ini. Sebaiknya hamba memohon kepada Penciptanya untuk mengetahui tentang selok belok dirinya sendiri, kerana yang Mencipta itu sudah tentu tidak sekumanpun mempunyai persamaan dengan yang diciptaNya. Allah Huakbar.

Banyak bende yg sya pelajari waktu di kampung tidak sya amalkan. Sehingga hati menjadi panas. Yang paling menyedihkan bukan saja panas, malah sya ketandusan dlm mengawal diri sendiri...

Okeh dah makin serius bunyinya ni.

Doakan sya lebih memahami hakikat kejadian diri sya sendiri. Menyedari bahawa sya hanyala bermula dari setitik mani yang hina kemudiannya ditiupkan roh dan menjadi hamba yang bernyawa. Semoga sya tidak lupa menyentuhkan dahi sya kesejadah, moga Allah tidak mengunci pintu hati sya lagi untuk lebih menyedari.... hidup ini pinjaman dan kena dikembalikan kepadaNya bila sudah tamat tempoh pinjamannya...

Sekian.

Meleraikan kekusutan...

Hmm.. bunyi cam ganas je entry dia. Hak hak hak.

Nak citer pasal hidup aku yg sedikit tunggang langgang lately ni. Beli umah takde enough preparation caused hidup aku tunggang terlangkup. Beli umah takde enough money menyebabkan poket aku senak menak. Lalu mulala lagu duit duit di mana kau duit bermain di fikiranku. Aku buntu dikejar org meminta hutang. Serasa aku nak off handphone sepanjang masa. Tapi aku tak terbuat macam tu. Sepatutnya aku lebih memikirkan bagaimana aku nak menambah kewangan aku agar aku buleh mengkover balik kekurangan budget sekarang... haiyahhhhhhhhhhhhhhhhh Tuhanku.. berikan aku petunjuk dan hidayah dan ringankan bebanan yang sedang kutanggung ini. Beratnya bahu memikul. Serasa mao rebah ke tanah.....

Lalu tercipta sebuah lagu untuk org org yg sedang menghadapi kemelut seperti aku (yeah serabut serabut jugak tp otak mesti mao kreatif (*tetiba*... huahuahuauhua - tiru stail blog Nina) hahahahahaaa.... well copycat is a must okeh.

Duit OooOoooo Duit (harap maaf kerana lagu ini liriknya sedikit merepekss)

Aku bertanya .... Duit oh duit ..
lalu di jawab si duit.. iya iya ...

Aku tanya lagi duit oh duit ...
dijwab lagi si duit .. oh ye ye ye...

Lalu kutanya ... dimana kau duit?....
Duit menjawab .... di bank di bank ...

Kutanya lagi... bolehkah mintak sedikit duit...
Maka di jawab duit .... boleh boleh .. boleh BLAH! ...


hahahahaha sekian.. terima kasih.

Moral dia takyahla nak mintak duit sbb dia takkan datang sendiri, duit kena diusahakan dengan tulang 4 kerat dengan kederat.

So apalagi... jom kita carik duit! Yeahhhhhhhh!....

(*tetiba* blankk ---> pengsan)

How to teach them a lesson?

I have a friend yg suka ckp pada aku bende maksiat yang dia buat. Do you guys have any idea how to teach this kinda person a lesson? Please advise. Thank you so much..



Lots lots of love.

Nida

Haih ... hero superman ku...

Assalammualaikum....

Haih - bunyi mengeluh yg lebih kepada ketakutan je gamaknya bukannya mengeluh.. huhuhuuhuu..

Napa ye jadi begitu... hmm aku baru berpindah ke rumah yang baru aku beli 2 minggu yang lalu. Suamiku yang sibuk outstation hanya sempat bersama kami selama seminggu untuk menemani kami di rumah baru. Yang menjadi isunya swaktu proses membaikpulih rumah itu ramai pulak yg mengatakan rumah tu ada penghuni halimunannya.. yeah itu dia. Perkara yg paling aku alergik + fobia + semput mendengarnya. Alhamdulillah kami sudah dpt org menawarkan rumah tersebut dan ayahku juga telah mengajar aku cara memagar rumah dengan ayat suci. Malangnya kefobiaan aku menafikan keadaan rumah itu sudah ok. Ntah kenapa aku masih berada sedikit cuak ketika berada dlm rumah tersebut.

Nak dijadikan cerita, semenjak isnin lepas, selepas suamiku berlepas ke kedah untuk menyambung kerjanya, maka tinggalla kami 3 beranak di rumah. Aku, anak sulong aku Danish dan baby kenit aku Irfan.

Dua hari aku cuak kerna ketika membaca yassin selepas solat maghrib anak sulongku yg sedang leka bermain tiba-tiba menikus. Duduk rapat mencelahi tanganku. Aku yg perasan perubahannya segera menanya.

"Abang..! Napa?" soalku sedikit keras utk mengembalikan semangatnya.
Danish memandang ke arah sliding door sambil kejap kejap matanya dilarikan ke lantai
"Ma antu ma antu." ucapnya perlahan.
"Bukkkk!!" hati aku serasa jatuh. Apalagi dengan segala aura kekuatan dan kelantangan suara yg aku miliki secara semulajadi ini aku teran suara aku kuat kuat waktu membaca yassin sambil dalam hati berdoa.
"Ya Allah, jgn tunjukkan dia pada aku, pada anak anak aku. Aku mohon Ya Allah aku mohon."
Suara aku bergema kuat rasanya mengalahkan orang nak musabakah saja... adoila ida ida .. apa nak jadi ngan ko ni.. penakut nak mamposss!!!

Dua ari keadaan terjadi seperti itu. Aku buat bodoh dan cuba menganggap mungkin anak aku bergurau saja.

Alhamdulillah mulai hari rabu dia sudah tidak mengucapkan dialog begitu lagi. Tapi yang tak sedapnya malam tadi sewaktu aku nak membasuh buntutnya kerna dia berak, boleh pulak dia memandang ke syiling bilik air sambil memuncungkan mulutnya dan ckp..
"Ma antu tu ma antu tu!" caisssssssssss budak ni :(( sudah sudahla antunya aku ni dah nak naik sawan mendengar bende tu hadoilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......

Malam ni ntah apalagi dia nak ckp, dan entah dimana pula dia akan nampak. Aku bagi tempoh diri aku sebulan kat rumah tu. InsyaAllah rumah yang aku beli tu akan menjadi milik aku dan tidak diganggu gugat oleh kefobiaan aku bende bende limunan ni.

Bak kata suami aku aka teman fobia penakut aku jugak (aler ckp je tak takut skalik aku nak tinggalkan dlm umah sensorang.. terabur larik jugak :)) akakkaka apadaaaaa)

"Takutla pada Allah mcm kita takut ngan bende halus ni.. insyaAllah selamat kita dunia akhirat." dimana ayat ni mengetuk pintu hatiku. Ye tak ye jugak, kenapa aku takut ngan bende ni, bukankah diapun makhluk Allah dan kalo Allah izinkan dia usik kami anak branak baru dia akan usik kami..

Meredakan sedikit ketakutan aku. Tapi kenapa yer bayangan bayangan merepek tu seolah olah melekat dlm kotak fikiran aku buat aku jadi ... emmmm alahaiiii............. penakut!!!!!

Mengejar impian

Sewaktu org lain mencanang blog mereka, bisnes baking mereka saat ini, aku menahan sebak di dada. Cemburu doink, cemburu mereka ada keberanian memulakan sesuatu yg amat aku idamkan dlm hidup aku.

Allah masih belum mengizinkan aku memulakannya, tapi aku menyakini setiap sesuatu yg terjadi ada hikmahnya. Aku redha menghitung hari, semoga yg aku impikan menjadi kenyataan dan aku mampu menjemput teman teman seblog ini menjengah blogku dengan begitu banyak intisari dan intipati perkara perkara yg menjadi kegilaanku dari dulu. InsyaAllah....