Hah nak tgk arah mana ...

Wan Muhammad Danish



Fesyen mulut mengikut peredaran zaman yang the latest. iaitu mulut itik huahuahuahua.... Comel dengan baju supermannya.

Wan Muhammad Irfan



Ini baby no 2 saya. Sudah petah bercakap sekerat sekerat ayat. Riak wajahnya sedikit berbeza dari abangnya kerna dia mewarisi riak wajah manis yg dimiliki suami sya. Danish lebih mewarisi wajah sya. Mereka sgt comel. Saya sangat sangat sayangkan mereka berdua.

Sya selalu berdoa pada Allah.. mereka akan jadi anak anak yg soleh. Doa Allah memberikan saya petunjuk dlm mendidik anak anak supaya menjadi muslim yg sejati. Dan yang paling sya doakan mereka akan menghormati saya sebagai Mama mereka dari takutkan saya walaupun ada masanya saya garang pada mereka. InsyaAllah..





Tuk view saja.. takde pe nak komen sbb gamba dia semer ada peace. Penat ajar stail lain tp tu jugak stail amik gamba pebret dia... layannnnn.


Yang comel dan kuat berckp...


Ni anak sulong saya. Sya panggil dia dengan nama Danish. Sangat cerdik dan petah berckp... sya suka bila sya nangis dia datang dan pelok sya dan ckp ..."Ma .. ma napa? akit ke akit? Mana akit?" sambil jemari halusnya mengusap pp sya dan mengesat air mata yang mengalir. Itu ubat paling mujarab bagi sya menghilangkan kesedihan yg adakalanya tidak terbendungkan. Danish yg kusayang, hartaku yang paling berharga.

Selalu kubisikkan padanya..
"Mama sayang abang... Abang sayang mama." Dan dia akan mengikutnya berirama pula ada waktunya... Memandangnya menghilangkan segala penat dan lelah.

Anak ke dua sya namanya Irfan. Sudah pandai memanggil Mama dan Papa (*nama panggilan ayahnya ialah Abie tp tak tau kat mana slacknya dia petah pula memanggil dengan nama Papa. *)still bila si kecil itu menyebutnya bunyinya sangat comel dan sangat menghiburkan.

Hidup sya sudah sempurna dengan adanya seorang suami dan dua cahaya mata yg hebat mcm superman (merefer kepada lasaknya mereka). Namun sebagai manusia sya masih tamak (maaf sikap ini ada pada sya dari dulu nak buat mcmana.. hua huahuahua) sya mahu lagi 3 ahli kuarga. Mencukupkan 5. Tentu meriah dan riuh rendah dengan suara hiruk pikuk mereka. Walaupun sya sgt tidak berapa suka dengan kanak kanak yg kadang kadang tak mendengar ckp, tapi dengan anak anak sya, alhamdulillah sya banyak pelajari bahawa sesungguhnya .. kanak kanak tetapla kanak kanak. Bermain itu adalah proses tumbesaran mereka yang perlu kita anggap sebagai perkara yg biasa. Seeloknya jika tidak sedap di pandang mata tegur saja, elakkan dari merajinkan diri melepuk anak anak (dulu masa baru baru dpt anak ke dua .. Danish rajin jugak kena lepuk - sbb mak dia kurang sabar .. grr grrr).

Mereka harta kita. Harta dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Lots lots of love.

Nida~102

Danish n masknya


Tgk apa anak aku buat.

Sendiri lagi....

Salam..

Hubby kena pergi ke kedah semula starting esok for the whole month. aku = tensen+ benggang+ sakit ati+ sakit jiwa+ sakit paru+ sakit pedu. (dan bermcm mcm lagi yg sakit yg tak dapat sya senarai hitamkan di sini. *sigh*)

Why am i so piss off pasal dia nak pergi outstation? because i aku rasa iam alone by myself. Every moment, every second, every minutes, every times and i really feel aku perlukan dia sepanjang masa tuk menjadi dahan dahan kukuh untuk aku berpaut tatkala hati dilanda kesepian yang tidak terungkapkan. (mengada lebih betul aku ni laki p keje bukan p meronggengpun). *sigh* lagi but this time its worst then before.

Wish this is his last trip. Wish dia tak perlu lagi menghadirkan diri disana dan meninggalkan aku dan anak anak melalui kehidupan tanpa seorang lelaki yang sgt penting dalam hidup kami. Sayang + Abie.... cepat pergi cepat pulang kerna kami pasti dilanda demam rindu yang tak keruan saat hilang kamo dari pandangan mata kami.... (air mata luluh. Okeh cukup tak perlu terlalu emosional kerana rasanya aku ni dah jadi model kereta nasional asik nak meleleh air mata je.)

Nak balik argh.. otak reject banyak bende arini. Mood gone with the wind.

Huihhh... nyampah!

Lots lots of love!...

Nida

Sebelum pulang....

Salam,

Ada sesuatu yg terbuku di hati yg ingin sya kongsikan bersama blogger (yg kekonon ada view blog sya ni la .. auww malu sya (baru nak men blog dah pasan ada viewer hak hak hak belasah situ - Sya Suka!)

Biar sya terangkan serba sedikit tentang diri saya dan sikap buruk saya sebelum sya memulakan nukilan ini yer.

Nama penuh sya, Noridah bte Md Shah. Umur tolak tambah baru 29 (kakakakahhkahkah sya sukaa!) Even sya berckp tentang diri sya sendiri, tapi ada sesuatu yg sangat sya benci tentang diri sya. Bolehkah anda mengagaknya - tidak mengapa jika tidak boleh mengagak kerna sya ada menyediakan talian hayat utk anda guna (mana tau anda nak guna panggilan telefon ke, tanya sedara mara ke, tanya kawan kawan anda ke) hahahaaa okeh full stop. Merepek adalah hobi sya. So maafkanlah sya ek.

Sikap sya yg paling sya benci dlm diri sya ialah sya seorang yg sangat sangat panas baran. Pantang salah sedikit sya adalah manusia yg bapak amat kuat melenting even for the small small thing yg actually boleh di pertimbangkan. Lately, jika anda ada baca blog sya yg terdahulu, tentu anda tau sya baru saja berpindah ke rumah yg baru sya beli walaupun rumah tu rumah secondhand tp sya tetap anggap rumah itu rumah baru. Maaf ye (*tetiba-geguling skejap). Semenjak berpindah ke rumah ini, sya di landa ketakutan pada bende bende halus yg sangat hmm org kata tak munasabah. Tetapi perasaan itu cuma sya dan diri sya dan otak sya saja yg tau macamana rasanya. Kerna begitu banyak nasihat yg diterima, sya yg amat jarang jarang bersolat ini, mulaila bersolat kembali. Sedihkan mendengarkan kisah perempuan yg semakin banyak usianya, rupanya masih tidak sedar diri bahawa bila bila masa sahaja dia boleh kembali kepadaNya.. (*tetiba* .. kelopak mata terasa panas - air mata sila jgn jatuh). Awalnya sya kembali bersolat kerna ingin memohon kepada Allah agar menguatkan iman dan keyakinan sya. Tetapi semakin lama sya bersolat, ada satu perasaan yg menyelinap di dalam hati sya..... sya menjadi lebih sabar, lebih bertoleransi dengan banyak perkara. Termasuk bab anak anak sya yg macam superman dan batman (merefer kepada betapa hebatnya mereka berwrestling, bergusti, WWF, WWE dan memanjat dan terjun tingkap - huh banyak ni loteh mak cik- lebar mulut mak cik menjerit)..

Yang paling sya akui, kehangatan dlm diri saya semakin berkurangan. Saya menjadi lebih sejuk dari diri sya yg sebelumnya..

Alamak dah cukup time la :( kena bergegas pulang menjemput superman ngan batman sya yg ensem dan cute miut itu. sambung esok ek bye bye ....

Ok sambungannya:-

Sudah beberapa tahun sya mencari punca kenapa sya begitu panas baran dan bagaimana cara hendak mengawalnya- its ok kalo tak buleh fully control but at least i know the limit. And understand until how far saja sya buleh melayan kepanasan baran sya.

Begitu banyak bende yang sya cuba akhirnya kebelakangan ini menjawab persoalan sya yang buntu. Mengembalikan diri kepada Allah dan memohon kepadaNya adalah jalan paling mudah yg tidak sya terfikirkan sebelum ini. Sebaiknya hamba memohon kepada Penciptanya untuk mengetahui tentang selok belok dirinya sendiri, kerana yang Mencipta itu sudah tentu tidak sekumanpun mempunyai persamaan dengan yang diciptaNya. Allah Huakbar.

Banyak bende yg sya pelajari waktu di kampung tidak sya amalkan. Sehingga hati menjadi panas. Yang paling menyedihkan bukan saja panas, malah sya ketandusan dlm mengawal diri sendiri...

Okeh dah makin serius bunyinya ni.

Doakan sya lebih memahami hakikat kejadian diri sya sendiri. Menyedari bahawa sya hanyala bermula dari setitik mani yang hina kemudiannya ditiupkan roh dan menjadi hamba yang bernyawa. Semoga sya tidak lupa menyentuhkan dahi sya kesejadah, moga Allah tidak mengunci pintu hati sya lagi untuk lebih menyedari.... hidup ini pinjaman dan kena dikembalikan kepadaNya bila sudah tamat tempoh pinjamannya...

Sekian.

Meleraikan kekusutan...

Hmm.. bunyi cam ganas je entry dia. Hak hak hak.

Nak citer pasal hidup aku yg sedikit tunggang langgang lately ni. Beli umah takde enough preparation caused hidup aku tunggang terlangkup. Beli umah takde enough money menyebabkan poket aku senak menak. Lalu mulala lagu duit duit di mana kau duit bermain di fikiranku. Aku buntu dikejar org meminta hutang. Serasa aku nak off handphone sepanjang masa. Tapi aku tak terbuat macam tu. Sepatutnya aku lebih memikirkan bagaimana aku nak menambah kewangan aku agar aku buleh mengkover balik kekurangan budget sekarang... haiyahhhhhhhhhhhhhhhhh Tuhanku.. berikan aku petunjuk dan hidayah dan ringankan bebanan yang sedang kutanggung ini. Beratnya bahu memikul. Serasa mao rebah ke tanah.....

Lalu tercipta sebuah lagu untuk org org yg sedang menghadapi kemelut seperti aku (yeah serabut serabut jugak tp otak mesti mao kreatif (*tetiba*... huahuahuauhua - tiru stail blog Nina) hahahahahaaa.... well copycat is a must okeh.

Duit OooOoooo Duit (harap maaf kerana lagu ini liriknya sedikit merepekss)

Aku bertanya .... Duit oh duit ..
lalu di jawab si duit.. iya iya ...

Aku tanya lagi duit oh duit ...
dijwab lagi si duit .. oh ye ye ye...

Lalu kutanya ... dimana kau duit?....
Duit menjawab .... di bank di bank ...

Kutanya lagi... bolehkah mintak sedikit duit...
Maka di jawab duit .... boleh boleh .. boleh BLAH! ...


hahahahaha sekian.. terima kasih.

Moral dia takyahla nak mintak duit sbb dia takkan datang sendiri, duit kena diusahakan dengan tulang 4 kerat dengan kederat.

So apalagi... jom kita carik duit! Yeahhhhhhhh!....

(*tetiba* blankk ---> pengsan)