Bulu mata pelessssssssuuu.. euwwwwww!



Bulu mata je pelesu, tapi warna mata itew adalah original. Bukan kesan khas kontek lens. Bhuahahahahaa! Ada org kisah!!! Cheeet!
 Tapi aku bukan nak ckp apala. Seksanya aku nak solat kalo time pakai bulu mata ni. Dah pakai bulu mata kena pakai lak mascara. Time nak solat, kalo terlupa bawak pencuci makeup tu mao menangis aku tonyeh nak ilangkan maskaranya. So bagi aku kalo nak pakai time peyed okla. Tapi waktu bersih dan subur(Hak tuiii) . Better don’t la. (Cakap je la ko pemalaihhhhh! Kan senang!) kakakakakaka













 Yang ni pulak... namanya...



NAK MINTAK PELEMPANG!!!

Hantuk-hantuk kepala kat dinding jap!

KANTOI KAH?????

Petang tadi balik keje trus rush En. Wan ke bank. Semenjak mengandung ni kalo dah masuk umah malas sungguh nak kuor semula. Kalo boleh dah masuk rumah nak landing saja adanya.

Dalam perjalanan menuju ke bank En. Wan berbunyi.. seperti berikut:-

En Wan: Esok saya nak kena keluar awal ni. Pukul 8 mesti ada kat UM. Ada site survey kat UM.

Aku: Hmmm bulan ni dah baper kali saya dengar camtu. Ntah ye ntah tidaknya nak sampai UM kul 8. Ntah-ntah kul 10 baru sampai.

Dan tetiba……..

En Wan: Saya bawak suratla kalo awak tak percaya..
Sambil pemerhatian masih terus ke jalanraya.

Aku yang masih blur still tak dapat tangkap maksud ckp laki aku ni.

Tetiba…. Pap! Lampu alert aku menyala.

Aku: Erks sejak bila plak pergi site survey nak kena tunjuk surat kat saya. Bukan selalu ni pergi je ke? …. (hah aku dah musykil aku perli bab lain nampaknya dia ke lain).

En Wan: Yela, mana la tau kalo awak tak percaya saya plak.

Hah! Lagi musykil bin ajaib aku.

Aku: Saya perli tadi tu pasal sempat ke awak tu nak bangun awal kul 6 pagi yang beria ia nak sampai UM sebelum kul 8.

Laki aku dah terdiam.

Aku: Hah ni yg pk org perli ke lain ni….. ada niat ke lain ke?

En Wan: Cehhhh! Takdenyaa. Mana tau… awak tu kekadang jeles tak bertempat.

Aku: Ahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Sejak bila saya pandai jeles ni?

Perbualan terhenti di situ…

Adakah aku yang berprasangka atau mmg statement laki aku tu mmg patut di prasangkakan? Hah ada aku EL, tail laki aku ke UM esok ni… kakakakakkaa.

MODE: Takde kuasa mak nak tail tail org. Lebih afdal masuk opis abiskan keje yg berlambak lambak! Cettttt!!

Muflis di akhirat..... hoh!!

Semalam aku dengar ceramah agama kat TV. Tak ingat ah tv baper. Tapi ceramah agamala.

Tajuknya muflis di akhirat. Aku dok budget ni mesti utang kat dunia tak sempat bayar dah kojol nih. Tapi selepas memasang telinga beberapa minit aku terasa seperti kepala aku di himpap balak matang!!

Muflis di akhirat ialah bagi orang orang yang suka memaki. Erks? Aku bukan suka memaki je aku rasa memaki hamun, bermulut longkang, bermulut laser bit tu semer aku ada. Abih camne nih? Kena ubah peel la nampaknya. Its not easy but slow slow kayuh kita try ok.

Org selalu tanya asal aku celupar sangat kalo tak puas ati. Motto dan prinsip aku senang je, kalo ko nak org jaga mulut bila berckp ngan ko ko pun kena la jugak jaga mulut. Jangan dalam baik nak bagi aku sedas... mesti aku balas berdas das guna M16. Ko tembak guna peluru kapur aku tembak guna peluru idop. Tertusuk, berbisa bisa membinasakan bak kata kawan lama aku dulu yang dah arwahpun skang ni. Hahahahahaa.

Napa aku jadi out spoken?

Senang je, aku takleh pretend ko bahsakan aku, aku nak jadi muslimah ... berpura pura tersenyum tanpa membalas apa ko ckp.

Reason dia? Senang je. Kalo ko sentap bila org berbahasa, bermulut longkang atau laser bit ngan ko. Macam tu la org lain rasa bila ko berckp macam tu. Selalunya orang yg suka membahsakan orang ni, tang membahasakn orang dia pk sedap dia je. Bila kena bahsa ngan orang dia sentap lebey plak!!! Hah ckp mulut tebal.. kalo dah mulut tebal, telinga tebal jugaklah!! Tak boleh. Dia je buleh melongkang, orang lain mesti cam malaikat, mcm wanita muslimah. Mesti jaga adap bila berckp ngan dia. Aku tegakkan middle finger baru ko tau!!!!

So moral dari citer ni ialah... aku sedar, aku mmg pandai menjawab dan kuat menjawab dan hebat dalam menjawab. Kerana aku sudah mengetahui bahawa bank di akhirat tidak menerima amal kalo suka memaki hamun, maka aku dengan ini bernekad mengunactivatekan kad atm yang selama ni menjadi prinsip aku. Mulut kena jaga, kalo org maki kita kena ckp kat org tu tepat kat muka dia....

Innalillahiwainnalillahiwarojiiuuunnnn.......!

Ataupun lebih afdal dan sesuai tuk setan setan yg suka suka ati nak membahsakan org tak tentu fasal tu.

A'uzubillahiminashaitooooooooooniraaaaaaaaajem!! Pastu ko sembur kat muka dia.

Bila depa tanya awat hang buat lagu tu hang ckp ja.

Aku nak rejam syaitan. Dia dok bertenggek kat mulut hang naaaa!

p/s: Moga aku mampu mengawal lidahku selepas ini. Amin!!! Makbulkanlah Ya Allah!

Beza antara blogger tersohor dan blogger tersorok!!!

Adeh dah bersawang blog aku tak berupdate. Sibukla katakan. Sibuk membawa perut yang kian membesar. Sibuk membawa badan yang makin membesar dari besar yang kebiasaaannya (huhuuuuu debush! Jgn mengata diri sendiri hahahaha). Dan sibuk membawa kerja yang berlambak tak abis abis. Dari awal taun sampai ujung taun bz sokmo adeila. Loteh mak cik.

Update blog sendiri malas tapi blog Si Di Green Apple sehari ntah baper kali aku bukak pulun baca. Gelak sekor-sekor aku pastu tutup buat keje. Blog sendiri kekadang pw ngan id pun aku lupa. Terkial kial nak log in. Tu baru nak log in, kalo nak menyebarkan sepatah dua kata dah 2 jam aku renung keyboard pun still nothing come out dari minda aku. Haishhhhhhhhh.Kata nak jadi blogger tersohor... tapi aku rasa mcm dah jadi blogger tersorok je. Kakakakkakaaa. Malas dan takde mood nak mengupdate punca aku jadi cam ni. Dilanda penyakit malas yang tak berkesudahan. Blughhhhh!! (Ngeluh ida ngeluh lempang kang!!!)

Usia kandungan aku dah cecah 4 bulan. InsyaAllah Khamis ni cuti nak g buat buku pregnancy dan mendaftarkan diri menjadi mangsa mangsa cucukkan jarum misi misi di klinik kesihatan utk mengetahui status kesihatan mak buyong ni. Erks..jgn kali ni suspect kencing manis agik sudahla. Tak koser aku nak mengadap muka misi yg kelat pelat cam kopi o tu sehari sampai 4 kali. Hazabbbbbbb ya amat. Kan elok kalo misi klinik kesihatan ni jejaka jejaka yg kacak dan berwajah manis. Muahahahahaha ... dasar mata bola keranjang. Hahahaha nak buat camne dah fitrah. (Banyakla fitrah koooo!!!)

Tadi aku dengan hati cuaknya memohon cuti pada khamis ni dari Encik Bos yang ensem. Dia baru balik dari China on Saturday. Bila aku ckp nak apply cuti tu buat pandang tak pandang je.

Bos ensem: Thursday tu what is the date?
Mak buyong: 29th.
Bos ensem: May i know why? ( Erks soklan ni yg buat aku cuak benornya ni adeiiii padaiyaaapppaaaaaaaaaaaaa. Lutut dah gegar nak bagitau.)
Mak buyong: Buat buku. (sengih cam kerang busuk kakakakakakaka)

Bos ensem tenung aku ngan muka blur.

Bos ensem: Buku? Buku apa?
Mak Buyong: Hah ni yg nak inform you ni. Buku pregnancy.
Bos ensem: (still blur)Buku preg .. pregnancy?
Mak buyong: Pregnancy book for check up purposes.

Mata bos sudah terbeliak. Erks aku dah sengih lagi.

Bos ensem: You pregnant ke?
Mak buyong: Yes.
Bos ensem: (Masih blur) hah ok. Approved.

Tapi bila aku nak kuor bilik dia... another question pop out..

Bos ensem: You pregnant ke?
Mak buyong yg dah naik geram: Yess bos. 4 months already.
Bos ensem: Hoh. (sengih pandang aku) Congratulations and please take extra care ok.
Mak buyong: Thank you bos. I will.

Berjalan ke bilik aku dah tak menoleh noleh lagi hahahahahahaaaa....

Hah skang tengah mengadap blog. Melemparkan sepatah dua kata kakakaaa.. sebb happy cuti dah di luluskan.

Ok kata kata perangsang buat mak buyong pada hari ini adalah..... Turun tangga mata pandang anak tangga jangan mengagau berjalan. Tadi nyaris tak terlangkup ke bawah! Huh Carelesss punya dugong. Eh Buyong. Hahahahahaa

Tak kisahla buyong ke dugong ke yang pentingg....

Apa yang penting... kita happyyyyy!!
Apa yang penting.. kita happyyyyyyy!! Hoyeeeeee!!