Puasa owh puasa

Seronoknya puasa tahun ni. Lain dari tahun tahun yg lalu. Kenapa yer? Kerna tahun ni aku wajib bangun seawal pukul 5.00a.m, menyediakan bekalan tuk kedua org heroku kerana baby sitter takmo masak dengan alasan dia puasa. Huh?! Ko yg puasa anak aku yg kecik tu tak puasa. Apalaa.. So aku yg cam terkejut beruk sbb kena masak waktu pagi tuk bekalan sarapan dan lunch anak aku pun menerima job itu dengan awalnya hati yg sedikit sakit. Yela all the while kalo anta kat babby sitter tak penah plak bulan poser aku kena masak. Memula aku merungut jugak sbb yela aku ni bekerja nak bangun seawal 5 pagi nak masak cam adeh.. mesti sengal.

So hari pertama puasa aku mlm tu aku dah siapkan rencah rencahnya. Merancang nak buatkan sup ayam, sayur sawi goreng dan muffin tuk breakfast dia org. So awal pagi kul 5.00 pagi aku dah bangun. Tanak nasik, reneh sup dan goreng sayur. Pukul 5.30 siap. So aku pun terfikir, dah alang alang masak ni baik jugak kalo aku dan En. Wan sahur skali. So akupun terjingkit jingkit masuk bilik, cuba sesenyap yg buleh tuk mengelakkan hero kenit aku terjaga.

Aku: Yang, bangun sahur. Dah 5.30 pagi.
En. Wan: Argh.. urghh... erkkkkk... arghhh. ( aku tgk dah mcm org nak bersenam aerobic je gayanya tergeliat sana tergeliat sini)
Aku: Cepatla kejap agik Imsak ni.

Dia bangun dan ke dapur. Kesat kesat mata.

En. Wan: Sya tak nak makan la sya nak minum air suam je.
Aku: Sya dah masak. Sup ayam ngan sayur. Nasipun panas lagi jomla mkn sama.
En. Wan: (sambil goyang goyang tangan ckp tak nak.)
Aku: (Tenung.. cam nak telan!)
En. Wan: Yela yela makan.
Aku: (Hah taupun takut. ckp dlm ati kaakakka)

So kamipun mkn. Selesai. Hari pertama.

Hari kedua, aku bangun terlewat sket, pukul 5.15. Tak sempat nak masak beria ia, so sempat tanak nasik, goreng telor dadar dan goreng ikan masin. Licin jugak kami mkn.

Hari ni hari ketiga. Aku masak yg istimewa sket, sayur bok choy berdaging kicap. Resipi aku cedok dari blog Encik Mat Gebu. ( Encik Mat tema kasih bebanyak, sedap. Resipi Cik Mat kalo aku buat alhamdulillah semernya suami puji) So, sayur bok choy ayam masak merah baki lauk buka puasa smlm aku panaskan dan ikan masin pari. Dlm tengah mkn, kami sembang sembang.

Aku: Mmg penat sket tp seronokkan sediakan makanan tuk anak anak bulan poser ni dan kita boleh sahur jugak. Selama ni dua dua tak sahur minum air suam je.
En. Wan: Yela. Ni la puasa pertama awak bangun masak. Selama ni tak penah masak time sahur.
Aku: Dahtu sya masak dulu awak takmo mkn. Membuang je apa yg sya masak.
En. Wan: Yela dulu ingat tak lalu nk mkn. Tapi elok gak sahur badan kuat sket bila tengahari. Kalo tak asik ngantuk je.
Aku: InsyaAllah sya akan masak ari ari sahur tahun ni.

Lepas sahur, kami mandi dan solat subuh. Aku trus iron baju keje dan kami gerak pergi keje dlm kul 8.20a.m. Tau tak apa maknanya? Maknanya takde lagi istilah lewat sampai tempat keje bagi kami berdua. Alhamdulillah, setinggi penghargaan tema kasih kepd baby sitter aku yg memberi aku tugasan ini. Moga kerajinan ini akan berlanjutan sehingga lepas puasa, supaya boleh aku sediakan sarapan atau lunch skalik tuk suami dan anak anak even tuk aku sendiri di masa akan datang.

Ida... fightinggggggggggggg!! hua hua hua hua.

Selamat Berpuasa Semua..

0 commentos: