Bila lama dah menyepi.. blogpun dah jadi basi.

Haih! Lama tak membebel kat sini. Kesibukkan membataskan perbuatan. (Alasan taik kucing la!! kakakaa) Arini sabtu, kena keje 1/2 hari plak. Aku bab keje separuh separuh ari ni mmg aku banyak menyampah sket. Bukan sket sket menyampahnya tapi banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak (baca mcm P Ramlee punya dialog madu 3 ek).

Arini jiran depan umah aku buat kenduri kawin anak bujang dia yg montel dan gebu lebih kurang gebu mcm aku la anak bujang dia. Tapi yg aku tak paham, umah sekangkang kera, bagi aku kad kawin pastu siap tulis kat kad tu bebesar *JEMPUTAN REWANG. kakakakakaaaa adehla. Bukan jemputan makan umah org kawin tapi jemputan buat keje waktu anak dia nak kawin. Aku takde halnya lepas keje nak p merewang (oii org N9 ckp merewang ni adalah sama dengan merendek. Aku baru tau org jawa ckp rewang ni p tolong org masak kenduri kakakakaaa apa bongok ko ni ida oiii. Campur masyarakat sket buleh??!!) Tu semer aku tak kisahla tapi aku kisahnya apa pasal umah sekangkang kera takleh ajak pakai mulut. Ajak pakai kad pastu letak kat atas pagar umah, kena plak ujan daaaaaaah bercinta plak aku nak sidai kat panas kasik kering baru buleh baca alamat umah dia. Aku pindah kat area Johan Setia ni dah hampir setahun lebih tapi kekadang budaya depa sangat berlainan dengan budaya kampung aku kat Kg Sungai Timun, Linggi. N. Sembilan tu. (Kg Sungai Timun selalu masuk TV3 sbb kat situ adalah Pengkalan Nelayan yg famous amos, selain banyak udang dia juga ada bela banyak buaya. Tapi buaya menatang ek, bukan lelaaaaaaaaaaaki buaya darat. Miahahahaaaa...

Mungkin depa nampak aku pagi kuor petang / senja baru balik so depa pk takyah la nak ajak aku pakai mulut, walaupun umah aku sekangkang kera. Maka depa pun mengajak menggunakan kertas kad jemputan. Hak tuiii aku rasa nak marah je kalo org camni. Kalo ko nak ajak aku mai makan je takpela jugak anta jemputan pakai kad. Ni siap tulis bebesar *JEMPUTAN REWANG. Hu makk aiii ni buat aku malaih nak campo ni. Peel memasing pepelik. Well akupun bersangka baik. Ahhha mungkin dia tak sempat nak tegur aku tiap kali aku teman anak aku men basikal lepas balik keje depan umah dia. (Aram jadah heeeeeee!!!)

Dan satu lagi aku pelik. Kenduri doa selamat, kenduri baca yassin, depa tak jemput org lelaki. Sebaliknya jemputan hanya tuk kaum kaum ibu?!!!! Hmmm mungkin agama aku cetek agaknya but as i concern org perempuan ni pergi ke Masjid tuk berjemaah pun tak di galakkan kalo boleh menimbulkan fitnah. Ni depa buat kenduri kepala baca yassinnya adalah perempuan. Dan bacaan yassinnya berterabur. Sorang kedarat sorang ke baruh sorang ke laut sorang terjun sungai. Bacaan doa baca ikut dlm buku Yassin tu. Yang tukang aminpun dah sibuk sok sek sok sek jeling makanan. Aminpun dah tak berapa nak amin. Lebih kepada Ammmm apa makanan dia hidang tu innnn. Aku bukan nak sinis tapi dah 2 3 kali depa ajak aku join majlis camni aku rasa dari pemerhatian aku majlis yg mengutamakan kaum perempuan macam tak berapa sesuai. Yang isteri keluar kenduri suami duduk umah. Lepas dah abis doa semer serbu makanan, dudukla gerombolan gerombolan ni makan adap mengadap mcm pengantin makan tu dan.... tu diaaaa! Sessi bermula. Umpat sana umpat sini kata sana kata sini. Umah org tu nak roboh, rumah org tu tak sapu. Laki dia selalu keluar malam mesti ada bini baru, bini dia keluar malam mesti nak pergi maki madu. Adeh.......... Lepas tu dok melanguk berjam jam menyembang kat umah org kenduri mcm laki dia yg kat umah tu sedang berpesta tinggal sensorang. Bukan aku nak ckp isu mengumpat ni. Akupun kalo tak suka kekadang mengumpat jugak. Cuma tak ironinya (woha dah nak advanced pengunaan bahsa aku skang ni huhuhuhu) kalo lepas majlis bacaan yassin. Mintak Allah ampunkan dosa semua mukmin dan mukminat lepas tu ko berlumba lumba plak buat dosa mengumpat, tu yg aku tak paham.  Aku tak paham budaya apa ni but secara jujurnya aku amatla tak berkenan. Semcm kekok aku nak join majlis camni, sbb anak anak aku yg cam superman dan spiderman tu duduk ngan bapak dia kat umah tgk tv (Atau lebih kepada 2 bergusti, yang apaknya tak mampu nak jadi referee). Dan aku kat luar pergi kenduri.

Aku prefer kenduri macam kat kampung. Org kampung ajak org lelaki datang mendahului bacaan yassin beramai ramai dan jamuan makan kemudian di ikuti pula org kaum kaum ibu. Kan cantek. Sesuai ngan fitrahnya kena mengumpamakan kaum lelaki dulu dan bukan membelakangkan mereka. Apalagi dalam bab bab yang bersangkutan dengan agama ni.

Mungkin aku terasa lebih kerana aku takde geng ajak aku mengumpat. Sbb yg suka mengumpat ni semer tua kedarah dan suri rumah tangga sepenuh masa. Dan ada plak menubuhkan geng tingkap,  geng pintu, geng pagar dan yang lebih hebat kat area umah aku ni depa tubuhkan satu geng yg lebih unik iaitu geng pokok mangga. Port setiap petang di bawah pokok mangga. Senjata di tangan adalah penyapu atau penyodok sampah. Tapi penyapu ni tak berapa nak bergerak, yang aku nampak aktif bergerak adalah mulut. Kumat kamit sampai nak tercabut gg palsu pun ada. Aku bukan nak burukkan org perempuan meningkat usia yang tak bekerja, tapi sejujurnya, mereka la suka bebenor mendaftar diri menjadi ahli kelab yang bagi aku amatla tak berguna ni. Atau sememangnya aku tak reti bercampur ngan org. Ntahlaaaa aku pun tak tau nak ckp camne.

Aku ckp ni pada pandangan aku. Pada perspektif aku anak jati dari kampung. Bukan nak kondem budaya mana mana kawasan... cuma aku terkilan.... sekarang semuanya semakin banyak berubah.

Okeh. Jom muhasabah diri sendiri. Sob sob sob.

0 commentos: