Muflis di akhirat..... hoh!!

Semalam aku dengar ceramah agama kat TV. Tak ingat ah tv baper. Tapi ceramah agamala.

Tajuknya muflis di akhirat. Aku dok budget ni mesti utang kat dunia tak sempat bayar dah kojol nih. Tapi selepas memasang telinga beberapa minit aku terasa seperti kepala aku di himpap balak matang!!

Muflis di akhirat ialah bagi orang orang yang suka memaki. Erks? Aku bukan suka memaki je aku rasa memaki hamun, bermulut longkang, bermulut laser bit tu semer aku ada. Abih camne nih? Kena ubah peel la nampaknya. Its not easy but slow slow kayuh kita try ok.

Org selalu tanya asal aku celupar sangat kalo tak puas ati. Motto dan prinsip aku senang je, kalo ko nak org jaga mulut bila berckp ngan ko ko pun kena la jugak jaga mulut. Jangan dalam baik nak bagi aku sedas... mesti aku balas berdas das guna M16. Ko tembak guna peluru kapur aku tembak guna peluru idop. Tertusuk, berbisa bisa membinasakan bak kata kawan lama aku dulu yang dah arwahpun skang ni. Hahahahahaa.

Napa aku jadi out spoken?

Senang je, aku takleh pretend ko bahsakan aku, aku nak jadi muslimah ... berpura pura tersenyum tanpa membalas apa ko ckp.

Reason dia? Senang je. Kalo ko sentap bila org berbahasa, bermulut longkang atau laser bit ngan ko. Macam tu la org lain rasa bila ko berckp macam tu. Selalunya orang yg suka membahsakan orang ni, tang membahasakn orang dia pk sedap dia je. Bila kena bahsa ngan orang dia sentap lebey plak!!! Hah ckp mulut tebal.. kalo dah mulut tebal, telinga tebal jugaklah!! Tak boleh. Dia je buleh melongkang, orang lain mesti cam malaikat, mcm wanita muslimah. Mesti jaga adap bila berckp ngan dia. Aku tegakkan middle finger baru ko tau!!!!

So moral dari citer ni ialah... aku sedar, aku mmg pandai menjawab dan kuat menjawab dan hebat dalam menjawab. Kerana aku sudah mengetahui bahawa bank di akhirat tidak menerima amal kalo suka memaki hamun, maka aku dengan ini bernekad mengunactivatekan kad atm yang selama ni menjadi prinsip aku. Mulut kena jaga, kalo org maki kita kena ckp kat org tu tepat kat muka dia....

Innalillahiwainnalillahiwarojiiuuunnnn.......!

Ataupun lebih afdal dan sesuai tuk setan setan yg suka suka ati nak membahsakan org tak tentu fasal tu.

A'uzubillahiminashaitooooooooooniraaaaaaaaajem!! Pastu ko sembur kat muka dia.

Bila depa tanya awat hang buat lagu tu hang ckp ja.

Aku nak rejam syaitan. Dia dok bertenggek kat mulut hang naaaa!

p/s: Moga aku mampu mengawal lidahku selepas ini. Amin!!! Makbulkanlah Ya Allah!

0 commentos: