Beza antara blogger tersohor dan blogger tersorok!!!

Adeh dah bersawang blog aku tak berupdate. Sibukla katakan. Sibuk membawa perut yang kian membesar. Sibuk membawa badan yang makin membesar dari besar yang kebiasaaannya (huhuuuuu debush! Jgn mengata diri sendiri hahahaha). Dan sibuk membawa kerja yang berlambak tak abis abis. Dari awal taun sampai ujung taun bz sokmo adeila. Loteh mak cik.

Update blog sendiri malas tapi blog Si Di Green Apple sehari ntah baper kali aku bukak pulun baca. Gelak sekor-sekor aku pastu tutup buat keje. Blog sendiri kekadang pw ngan id pun aku lupa. Terkial kial nak log in. Tu baru nak log in, kalo nak menyebarkan sepatah dua kata dah 2 jam aku renung keyboard pun still nothing come out dari minda aku. Haishhhhhhhhh.Kata nak jadi blogger tersohor... tapi aku rasa mcm dah jadi blogger tersorok je. Kakakakkakaaa. Malas dan takde mood nak mengupdate punca aku jadi cam ni. Dilanda penyakit malas yang tak berkesudahan. Blughhhhh!! (Ngeluh ida ngeluh lempang kang!!!)

Usia kandungan aku dah cecah 4 bulan. InsyaAllah Khamis ni cuti nak g buat buku pregnancy dan mendaftarkan diri menjadi mangsa mangsa cucukkan jarum misi misi di klinik kesihatan utk mengetahui status kesihatan mak buyong ni. Erks..jgn kali ni suspect kencing manis agik sudahla. Tak koser aku nak mengadap muka misi yg kelat pelat cam kopi o tu sehari sampai 4 kali. Hazabbbbbbb ya amat. Kan elok kalo misi klinik kesihatan ni jejaka jejaka yg kacak dan berwajah manis. Muahahahahaha ... dasar mata bola keranjang. Hahahaha nak buat camne dah fitrah. (Banyakla fitrah koooo!!!)

Tadi aku dengan hati cuaknya memohon cuti pada khamis ni dari Encik Bos yang ensem. Dia baru balik dari China on Saturday. Bila aku ckp nak apply cuti tu buat pandang tak pandang je.

Bos ensem: Thursday tu what is the date?
Mak buyong: 29th.
Bos ensem: May i know why? ( Erks soklan ni yg buat aku cuak benornya ni adeiiii padaiyaaapppaaaaaaaaaaaaa. Lutut dah gegar nak bagitau.)
Mak buyong: Buat buku. (sengih cam kerang busuk kakakakakakaka)

Bos ensem tenung aku ngan muka blur.

Bos ensem: Buku? Buku apa?
Mak Buyong: Hah ni yg nak inform you ni. Buku pregnancy.
Bos ensem: (still blur)Buku preg .. pregnancy?
Mak buyong: Pregnancy book for check up purposes.

Mata bos sudah terbeliak. Erks aku dah sengih lagi.

Bos ensem: You pregnant ke?
Mak buyong: Yes.
Bos ensem: (Masih blur) hah ok. Approved.

Tapi bila aku nak kuor bilik dia... another question pop out..

Bos ensem: You pregnant ke?
Mak buyong yg dah naik geram: Yess bos. 4 months already.
Bos ensem: Hoh. (sengih pandang aku) Congratulations and please take extra care ok.
Mak buyong: Thank you bos. I will.

Berjalan ke bilik aku dah tak menoleh noleh lagi hahahahahahaaaa....

Hah skang tengah mengadap blog. Melemparkan sepatah dua kata kakakaaa.. sebb happy cuti dah di luluskan.

Ok kata kata perangsang buat mak buyong pada hari ini adalah..... Turun tangga mata pandang anak tangga jangan mengagau berjalan. Tadi nyaris tak terlangkup ke bawah! Huh Carelesss punya dugong. Eh Buyong. Hahahahahaa

Tak kisahla buyong ke dugong ke yang pentingg....

Apa yang penting... kita happyyyyy!!
Apa yang penting.. kita happyyyyyyy!! Hoyeeeeee!!

2 commentos:

lara mikhael said...

mek, aku cukuplah seronok kalo ang update belog, camne aku tunggu Kak Di update belog dia..camtu la aku tunggu ko update belog ko. Btw, tumpang happy boss ko sgt cool dgn perkabaran itu. Insya Allah, everything will goes well for u. take care.xoxo.

aloNgwaNida said...

Hahahaaa... ni mood baik. Kalo mood tak baik takdo maknonya dapat mengilham enrty camni huhuuuuhu..