Meleraikan kekusutan...

Hmm.. bunyi cam ganas je entry dia. Hak hak hak.

Nak citer pasal hidup aku yg sedikit tunggang langgang lately ni. Beli umah takde enough preparation caused hidup aku tunggang terlangkup. Beli umah takde enough money menyebabkan poket aku senak menak. Lalu mulala lagu duit duit di mana kau duit bermain di fikiranku. Aku buntu dikejar org meminta hutang. Serasa aku nak off handphone sepanjang masa. Tapi aku tak terbuat macam tu. Sepatutnya aku lebih memikirkan bagaimana aku nak menambah kewangan aku agar aku buleh mengkover balik kekurangan budget sekarang... haiyahhhhhhhhhhhhhhhhh Tuhanku.. berikan aku petunjuk dan hidayah dan ringankan bebanan yang sedang kutanggung ini. Beratnya bahu memikul. Serasa mao rebah ke tanah.....

Lalu tercipta sebuah lagu untuk org org yg sedang menghadapi kemelut seperti aku (yeah serabut serabut jugak tp otak mesti mao kreatif (*tetiba*... huahuahuauhua - tiru stail blog Nina) hahahahahaaa.... well copycat is a must okeh.

Duit OooOoooo Duit (harap maaf kerana lagu ini liriknya sedikit merepekss)

Aku bertanya .... Duit oh duit ..
lalu di jawab si duit.. iya iya ...

Aku tanya lagi duit oh duit ...
dijwab lagi si duit .. oh ye ye ye...

Lalu kutanya ... dimana kau duit?....
Duit menjawab .... di bank di bank ...

Kutanya lagi... bolehkah mintak sedikit duit...
Maka di jawab duit .... boleh boleh .. boleh BLAH! ...


hahahahaha sekian.. terima kasih.

Moral dia takyahla nak mintak duit sbb dia takkan datang sendiri, duit kena diusahakan dengan tulang 4 kerat dengan kederat.

So apalagi... jom kita carik duit! Yeahhhhhhhh!....

(*tetiba* blankk ---> pengsan)

0 commentos: