Sebelum pulang....

Salam,

Ada sesuatu yg terbuku di hati yg ingin sya kongsikan bersama blogger (yg kekonon ada view blog sya ni la .. auww malu sya (baru nak men blog dah pasan ada viewer hak hak hak belasah situ - Sya Suka!)

Biar sya terangkan serba sedikit tentang diri saya dan sikap buruk saya sebelum sya memulakan nukilan ini yer.

Nama penuh sya, Noridah bte Md Shah. Umur tolak tambah baru 29 (kakakakahhkahkah sya sukaa!) Even sya berckp tentang diri sya sendiri, tapi ada sesuatu yg sangat sya benci tentang diri sya. Bolehkah anda mengagaknya - tidak mengapa jika tidak boleh mengagak kerna sya ada menyediakan talian hayat utk anda guna (mana tau anda nak guna panggilan telefon ke, tanya sedara mara ke, tanya kawan kawan anda ke) hahahaaa okeh full stop. Merepek adalah hobi sya. So maafkanlah sya ek.

Sikap sya yg paling sya benci dlm diri sya ialah sya seorang yg sangat sangat panas baran. Pantang salah sedikit sya adalah manusia yg bapak amat kuat melenting even for the small small thing yg actually boleh di pertimbangkan. Lately, jika anda ada baca blog sya yg terdahulu, tentu anda tau sya baru saja berpindah ke rumah yg baru sya beli walaupun rumah tu rumah secondhand tp sya tetap anggap rumah itu rumah baru. Maaf ye (*tetiba-geguling skejap). Semenjak berpindah ke rumah ini, sya di landa ketakutan pada bende bende halus yg sangat hmm org kata tak munasabah. Tetapi perasaan itu cuma sya dan diri sya dan otak sya saja yg tau macamana rasanya. Kerna begitu banyak nasihat yg diterima, sya yg amat jarang jarang bersolat ini, mulaila bersolat kembali. Sedihkan mendengarkan kisah perempuan yg semakin banyak usianya, rupanya masih tidak sedar diri bahawa bila bila masa sahaja dia boleh kembali kepadaNya.. (*tetiba* .. kelopak mata terasa panas - air mata sila jgn jatuh). Awalnya sya kembali bersolat kerna ingin memohon kepada Allah agar menguatkan iman dan keyakinan sya. Tetapi semakin lama sya bersolat, ada satu perasaan yg menyelinap di dalam hati sya..... sya menjadi lebih sabar, lebih bertoleransi dengan banyak perkara. Termasuk bab anak anak sya yg macam superman dan batman (merefer kepada betapa hebatnya mereka berwrestling, bergusti, WWF, WWE dan memanjat dan terjun tingkap - huh banyak ni loteh mak cik- lebar mulut mak cik menjerit)..

Yang paling sya akui, kehangatan dlm diri saya semakin berkurangan. Saya menjadi lebih sejuk dari diri sya yg sebelumnya..

Alamak dah cukup time la :( kena bergegas pulang menjemput superman ngan batman sya yg ensem dan cute miut itu. sambung esok ek bye bye ....

Ok sambungannya:-

Sudah beberapa tahun sya mencari punca kenapa sya begitu panas baran dan bagaimana cara hendak mengawalnya- its ok kalo tak buleh fully control but at least i know the limit. And understand until how far saja sya buleh melayan kepanasan baran sya.

Begitu banyak bende yang sya cuba akhirnya kebelakangan ini menjawab persoalan sya yang buntu. Mengembalikan diri kepada Allah dan memohon kepadaNya adalah jalan paling mudah yg tidak sya terfikirkan sebelum ini. Sebaiknya hamba memohon kepada Penciptanya untuk mengetahui tentang selok belok dirinya sendiri, kerana yang Mencipta itu sudah tentu tidak sekumanpun mempunyai persamaan dengan yang diciptaNya. Allah Huakbar.

Banyak bende yg sya pelajari waktu di kampung tidak sya amalkan. Sehingga hati menjadi panas. Yang paling menyedihkan bukan saja panas, malah sya ketandusan dlm mengawal diri sendiri...

Okeh dah makin serius bunyinya ni.

Doakan sya lebih memahami hakikat kejadian diri sya sendiri. Menyedari bahawa sya hanyala bermula dari setitik mani yang hina kemudiannya ditiupkan roh dan menjadi hamba yang bernyawa. Semoga sya tidak lupa menyentuhkan dahi sya kesejadah, moga Allah tidak mengunci pintu hati sya lagi untuk lebih menyedari.... hidup ini pinjaman dan kena dikembalikan kepadaNya bila sudah tamat tempoh pinjamannya...

Sekian.

0 commentos: