Yang comel dan kuat berckp...


Ni anak sulong saya. Sya panggil dia dengan nama Danish. Sangat cerdik dan petah berckp... sya suka bila sya nangis dia datang dan pelok sya dan ckp ..."Ma .. ma napa? akit ke akit? Mana akit?" sambil jemari halusnya mengusap pp sya dan mengesat air mata yang mengalir. Itu ubat paling mujarab bagi sya menghilangkan kesedihan yg adakalanya tidak terbendungkan. Danish yg kusayang, hartaku yang paling berharga.

Selalu kubisikkan padanya..
"Mama sayang abang... Abang sayang mama." Dan dia akan mengikutnya berirama pula ada waktunya... Memandangnya menghilangkan segala penat dan lelah.

Anak ke dua sya namanya Irfan. Sudah pandai memanggil Mama dan Papa (*nama panggilan ayahnya ialah Abie tp tak tau kat mana slacknya dia petah pula memanggil dengan nama Papa. *)still bila si kecil itu menyebutnya bunyinya sangat comel dan sangat menghiburkan.

Hidup sya sudah sempurna dengan adanya seorang suami dan dua cahaya mata yg hebat mcm superman (merefer kepada lasaknya mereka). Namun sebagai manusia sya masih tamak (maaf sikap ini ada pada sya dari dulu nak buat mcmana.. hua huahuahua) sya mahu lagi 3 ahli kuarga. Mencukupkan 5. Tentu meriah dan riuh rendah dengan suara hiruk pikuk mereka. Walaupun sya sgt tidak berapa suka dengan kanak kanak yg kadang kadang tak mendengar ckp, tapi dengan anak anak sya, alhamdulillah sya banyak pelajari bahawa sesungguhnya .. kanak kanak tetapla kanak kanak. Bermain itu adalah proses tumbesaran mereka yang perlu kita anggap sebagai perkara yg biasa. Seeloknya jika tidak sedap di pandang mata tegur saja, elakkan dari merajinkan diri melepuk anak anak (dulu masa baru baru dpt anak ke dua .. Danish rajin jugak kena lepuk - sbb mak dia kurang sabar .. grr grrr).

Mereka harta kita. Harta dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Lots lots of love.

Nida~102

1 commentos:

Anonymous said...

nnt tmbh heroin plak ek! he3