Bila keje macam banggang!

Hari ni aku benggang sungguh! Bukan pada org lain tp pada diri sendiri. Ada ke patut aku tersalah type DO. Invoice size barang dah betul, skalik DO pulak buleh salah. Apa banggang aku ni! Adoila, gantung diri kat pokok taugeh 3 juta kali. Storekeeper aku pagi pagi lagi dah naik opis sambil bawak kertas dan kembang kempiskan idong dia yg tak mancung cam babi tonok tu;-

Apekstoreygeksyen: Ida. Ni order kasik gua tgk PO.

Akuygbanggang!: Tgk PO? Napa?

Apekstoreygeksyen: Pagi pagi bos sulah call gua ckp ini size sulah salah. So gua mao tgk kita salah ka depa salah ka? (Kalo ko bercampur bak kut teh ngan kedah ko mmg ckp stail camni kan, kejap gua gua kejap depa depa aku lepa butter kat muka ko nak?!!)

Akuygbanggang: (Dengan jantung yg berdegup selaju bullet train kat jepun pun mencari PO. Dan hampir hampir aku nak dpt heart attack.)

Apekstoreygeksyen: So sapa salah? Lu ar? (Mementang ko tau aku salah laju je ko nak tau bangkai sungguh. Telo busuk!)

Akuygbanggang: Gulp! (Rasa terdgr aku telan air liur. Mak aii kerasnya air liur aku. Cam batu. Makkkk camne leh salah type ni mak adoila mampuih)

Akuygbanggang: Abis camne ni?

Apekstoreygeksyen: Abis apa? Lu kena settlela sendiri. Wa dah ckp DO kena check bebetul masa lu buat. Lu olang kadang-kadang talak mao dgr. (Wah bukan men lak ko khutbah. Penendang aku nak?!!)

Akuygbanggang: (Call customer tak dapt, call big bos dia hp off. Nampaknya terpaksa deal ngan bos ensem aku yg time ni aku nampak bayangan muncung dia dah cam Donald Duck. Sedepa okeh sedepa panjang.)

Bosensem: Yes, Ida wat happen?

Akuygbanggang: About PIE, checked and its my mistake. Bos i will bear the transport. Iam so sorry about this. Try to call customer but she is not in the office.

Bosensem: Ms. Lim kat site. Check with them if they can use it, let it be. But i think dia org buleh guna. Check first dan roger i status dia. Okeh.

Akuygbanggang: Ok. Sorry bos. Really.

Bosensem: Hey, its ok. Its ok. If they can use it then it should be ok.

Akuygbanggang: Thanks bos. I'll check with them.

Beruntungnya aku aritu kerna barang tu boleh digunakan tanpa perlu di pulangkan semula. Jauh gila tu dari penang nak arrange balik KL dan dari KL arrange deliver to penang. Kalo customer tak terima. yeay rabak gaji aku bulan ni RM570.00 utk two way delivery. Sucks! Rasa nak start enjin kete balik membungkang tido.

So moralnya. Sila jangan buat keje sambil layan org patah jiwa berpm. Memang sangat sangat menyusahkan. Uit sempat agik nak salahkan org, diri sendiri buat keje cam bangkai tak mao ngaku. Hahahahahahaa...

Anyway problem settled. Iam blogging, Facebooking, Yming, Interneting dan semer mende yg tak berpekdah time keje arini. Sebbnya aku dah sengal. Mintak mintak bos aku tak masuk opis arini. Hopefully dia masuk opis Isnin je. Time tu rasanya muka katak puru aku pun dah takde, kalo skang dia masuk. Kompom amat jelasla dia akan pasan, sorang staff dia dah bertukar jadi katak puru. Onk onk dekedek kedek onk onk!

0 commentos: