Alangkah syorganya kalo ni umah aku. (tetiba tgk payslip dan tersipu sipu opss tak mampu agik rupanya :(( )


Ni entry suka suka pasal aku yg mmg suka suka tulis apa yg aku suka tulis.. muehehehehe....
Ini rumah idaman aku. Aku jumpa gamba ni dlm Mudah.com. Berangan-angan alangkah seronoknya jika aku jutawan dan mampu beli umah camni tuk di jadikan istana kuarga kami. Tapi buat masa ini, impian ini adalah di dlm poket saja dulu kerana aku dan Encik Wan belum mampo membiayai perumahan idaman kami ini. Kalo aku seluk poket nak kuorkan gamba umah ni pun tangan aku serius menggigil .. seram sejuk hahahaha... dan dengan automatiknya benak aku akan bertanya.."Mampukah anda? Mampukah? Kalo tak mampu sila amik penyapu dan jadila tukang sapu saja okeh ... ) huhuhuuuhuhuuu...

Ini impian aku. Napsu napsi aku amat menjadi jadi kalo aku nampak kelibat rumah ala ala siap dengan taman dan tanah yg seluas luasnya camni (walhal aku bukan suka bercucuk tanam pun yg sibuk sgt nak tanah bebesar.. banyak lemak je lebih huhuhuhuuu ) Nak pinjam ayat dari blog Green Apple jap. Lempang diri sendiri lelaju.. hahahahaa.

Org kata impian kalo di semai dengan usaha insyaAllah akan menjadikannya realiti. Itula yg aku cuba lakukan skarang, berusaha dlm kerja utk menjadi yang lebih baik dan memperolehi pendapatan yg lebih baik tuk mencapai impian impian aku.

Doa-doakan impian aku akan menjadi kenyataan. Aku tak minat kete menjalar jalar. Tapi kalo umah bertingkat tingkat.. hmm aku suka! hakhakhakhak...

Aku minat betul warna hijau sejak dari tahun lepas tak tau napa. Rumah yg aku baru beli tu pun aku catkan ijo. Pastu masa surf internet aku jumpa plak umah ni.. huh meleleh air liur aku tgk kombinasi kaler dia. Sangatla mengiurkan mata mata keranjang cam mata aku ni.

Bila aku ckp ke Encik Wan pasal umah ni.. dia sengih sengih je cam kerang busuk. Aku ckp simpan duit sesikit kita usha umah camni.. Encik Wan gelak. Aku cam apa pasal plak tetiba gelak. Ada gak tertangkup aku sepak ni kang. Aku tak wat lawaklaaa :((. Pastu aku bangun dari sofa. Blah. Kalo tengok trus muka dia mmg ada laki aku kena back hand kang.. Menyirap je makhluk makhluk camnih! Tak memberangsangkan langsung! Hampeh!! Mematikan napsu serakah aku sungguh!! huh!

4 commentos:

lara mikhael said...

Memang merembes la tgk rumah tu. InsyaAllah, satu hari nanti mana tau impian jd realiti.

Diana Ishak said...

remember the phrase 'BELUM MAMPU' bukan 'TAK MAMPU'...:)

lara mikhael said...

betol..betol..betol...sokong kak Di.

aloNgwaNida said...

Oh ye Di, sya stuju dengan anda. Phrase itu akan jadi pegangan sya. huih huiih toche tochee...